Tourism Malaysia yakin capai sasaran lebih 5 juta pelancong China

Manoharan (dua dari kanan) bergambar bersama para penumpang penerbangan Sichuan Airlines sejurus tiba di KLIA Terminal 1 dari Chengdu, China pada malam Ahad. Foto Bernama
Manoharan (dua dari kanan) bergambar bersama para penumpang penerbangan Sichuan Airlines sejurus tiba di KLIA Terminal 1 dari Chengdu, China pada malam Ahad. Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Tourism Malaysia yakin sasaran lebih 5 juta pelancong dari China tahun ini dapat dicapai dengan disokong oleh kekerapan penerbangan ke negara ini.

Ketua Pengarahnya, P Manoharan berkata, tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari negara Tembok Besar itu.

"Kami positif dapat lebih 5 juta (pelancong dari China) kerana kekerapan penerbangan yang ada sekarang lebih daripada 247 penerbangan seminggu dan berdasarkan kapasiti tempat duduk yang ada sekarang hampir 4.9 juta dari China ke Kuala Lumpur.

"...banyak lagi kekerapan penerbangan akan bertambah dan laluan baharu juga. Jadi, kita positif akan menerima lebih 5 juta pelancong dari China tahun ini," katanya kepada media selepas majlis mengalu-alukan laluan antarabangsa baharu Sichuan Airlines dan China Southern Airlines ke Kuala Lumpur di sini malam Ahad.

Pesawat Sichuan Airlines dari Chengdu dan China Southern Airlines dari Shenzhen mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 masing-masing pada 10 malam dan 12.30 tengah malam Ahad.

Krew penerbangan Sichuan Airlines disambut para petugas Tourism Malaysia yang lengkap berpakaian tradisional sejurus tiba dari Chengdu, China. Foto Bernama
Krew penerbangan Sichuan Airlines disambut para petugas Tourism Malaysia yang lengkap berpakaian tradisional sejurus tiba dari Chengdu, China. Foto Bernama

Manoharan berkata, selain Kuala Lumpur, syarikat-syarikat penerbangan dari China juga menunjukkan minat untuk mengadakan penerbangan terus ke bandar-bandar utama di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Kuching.

"Sichuan Airlines telah buat rancangan untuk mengadakan penerbangan (dari China) ke Kuching. Ada banyak dalam perancangan.

Artikel Berkaitan:

"Kami mengalu-alukan syarikat-syarikat penerbangan dari China untuk mengadakan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, di samping penerbangan sewa khas.

"Ini juga adalah selari dengan matlamat kementerian untuk memperbanyakkan lagi penerbangan terus sempena Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.

Beliau berkata, Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pengusaha pelancongan di Malaysia dan China untuk menambah kekerapan penerbangan ke negara ini.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan jumlah ketibaan kira-kira 27.3 juta pelancong pada tahun ini dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM102.7 bilion. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!