Kastam bongkar bilik rahsia sorok arak, guna setem cukai palsu

Norlela (tengah) menunjukkan minuman keras yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis menjual minuman keras di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, 14 Mac lalu.
Norlela (tengah) menunjukkan minuman keras yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis menjual minuman keras di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, 14 Mac lalu.
A
A
A

SEPANG - Helah sebuah premis di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat menyorokkan minuman keras tidak bercukai dalam bilik rahsia terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada 14 Mac lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 8 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah Unit III.

Menurutnya, hasil pemeriksaan telah merampas 1,362.27 liter minuman keras disyaki tidak berkastam bernilai RM155,600 termasuk duti dan cukai.

"Kastam turut menemui beberapa kepingan setem cukai yang belum digunakan disyaki palsu.

Setem cukai palsu yang dirampas kastam dalam serbuan di sebuah premis menjual minuman keras di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, 14 Mac lalu.
Setem cukai palsu yang dirampas kastam dalam serbuan di sebuah premis menjual minuman keras di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, 14 Mac lalu.

"Siasatan awal mendapati premis menjual minuman keras berlesen itu menggunakan taktik sorok pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai di dalam bilik rahsia di dalam premis," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam KLIA di sini pada Isnin.

Tambahnya, kastam percaya setem cukai palsu itu akan ditampal pada botol minuman keras yang dijual.

Katanya, susulan itu, seorang pekerja premis iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Artikel Berkaitan:

Dalam kes berlainan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah menerusi Op Bersepadu bersama Zon Tengah Unit III merampas 82 gelung besi seberat 323,278 kilogram yang bernilai RM2.2 juta termasuk duti import.

Norlela (kiri) melihat paparan gambar gelung besi yang dirampas pihaknya dalam serbuan di sebuah gudang di Pelabuhan Klang, 19 Mac lalu.
Norlela (kiri) melihat paparan gambar gelung besi yang dirampas pihaknya dalam serbuan di sebuah gudang di Pelabuhan Klang, 19 Mac lalu.

Norlela berkata, rampasan dibuat susulan serbuan di sebuah gudang di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 19 Mac.

"Gelung besi ini diimport dari sebuah negara di Asia Timur untuk kegunaan sektor pembinaan, namun pengimport telah membuat ikrar tidak benar pada borang kastam," ujarnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!