Lelaki maut, motosikal rempuh kereta di lorong kecemasan

Penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 116.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, pada Ahad. Foto ihsan PDRM
Penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 116.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, pada Ahad. Foto ihsan PDRM
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 116.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara pada jam 3 petang Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa, Mohammad Fared Zakaria, 35, menunggang motosikal dari arah Ayer Hitam menuju ke Pagoh.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa tidak sempat mengelak kereta yang sedang berhenti di lorong kecemasan untuk menjawab panggilan telefon.

"Akibat rempuhan itu, mangsa parah di kepala dan patah kedua-dua belah tangan.. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 7.50 malam ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Fatimah Muar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar tampil membantu siasatan.

"Mereka boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!