Mahu ikan lebih punca sekeluarga dibawa arus deras

Pasukan bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang masih hilang di saliran longkang monsun di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, pada Ahad.
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang masih hilang di saliran longkang monsun di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, pada Ahad.
A
A
A

SERDANG - Niat mahu mendapatkan ikan dengan lebih banyak mengundang tragedi buat seorang lelaki apabila kehilangan isteri dan dua anak.

Ahmad Suriadi, 40, kehilangan isteri tercinta, Juliana, 38, dan dua anaknya akibat dibawa arus deras semasa menjala ikan jam 3.30 petang pada Ahad.

Ahmad berkata, dia pada mulanya mendapat ikan yang banyak dengan menebar jala ke dalam saliran longkang monsun.

Katanya, dia kemudian mengajak isterinya pulang, namun Juliana berkeras tidak mahu pulang kerana mahu menjala lagi.

"Saya mengikut sahaja kehendak isteri untuk terus menjala. Tidak lama selepas itu, hujan turun dan secara tiba-tiba air deras menuju ke arah kami sekeluarga.

"Saya cuba untuk mendapatkan isteri yang dibawa arus, namun tidak berjaya," katanya yang ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.

Dalam kejadian tersebut, Ahmad dan anak keduanya, Mohd Alif, 9, terselamat, manakala anak sulungnya, Mohd Diham, 10, ditemukan meninggal dunia.

Sementara isterinya, Juliana dan anak bongsu mereka, Riska Amelia, 4, hilang dan usaha mencari diteruskan pada hari ini.

Artikel Berkaitan:

Ahmad
Ahmad

Ahmad berkata, sepanjang Ramadan, ini kali pertama dia turun menjala ikan di tempat kejadian.

Menceritakan kejadian tragis itu, Ahmad berkata, dia dibawa arus kuat tetapi tersangkut di pokok dan berjaya menyelamatkan diri.

Ujarnya, anak keduanya pula dijumpai oleh orang awam dalam keadaan selamat.

"Ának kedua saya dah keluar hospital hari ini setelah mendapatkan rawatan lanjut. Walaupun masih trauma, dia ada bertanyakan perkembangan ibu dan adik bongsunya.

"Saya telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa jam 12 tengah hari tadi bahawa isteri saya telah berjaya ditemukan.

"Usaha masih diteruskan bagi mencari anak perempuan bongsu saya yang dibawa arus," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!