'Jamin keselamatan semua, tidak kira warga apa' - Saifuddin

Saifuddin dalam sidang akhbar Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di perairan Klang pada Isnin.

A
A
A

KLANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan keutamaan keselamatan kepada semua warga yang berada di Malaysia, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan terdapat warga Palestin di negara ini yang bimbang keselamatan diri selepas mendakwa menerima ugutan daripada warga Israel.

Menurutnya, tanggungjawab polis adalah menjaga keamanan dan ketenteraman.

Saifuddin (tengah) menyampaikan sumbangan raya kepada warga Maritim Malaysia semasa Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah pada Isnin.

"Adalah tanggungjawab polis ke atas semua nyawa dalam negara kita.

"Kita tidak pilih, kita tak kata warga Malaysia keutamaan kita untuk jaga, warga asing bukan tanggungjawab kita, tidak! Tanggungjawab pasukan polis adalah menjaga keamanan dan ketenteraman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di sini pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi; Ketua Pengarah Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin serta pegawai-pegawai kanan agensi penguat kuasa di bawah KDN.

Artikel Berkaitan:

Saifuddin berkata, nyawa setiap yang bergelar manusia menjadi jaminan kepada semua.

"Kalau perkara itu berasas tentunya polis akan beri perhatian," katanya.

Tambah beliau, masyarakat juga dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau persoalan yang dianggap tidak munasabah yang mewujudkan keraguan kepada pasukan polis.

"Ada pihak yang persoalkan perkara ini, tiba-tiba menunjukkan minat luar biasa ketika masyarakat majoritinya merasakan bahawa ini satu bukti kejayaan polis dari segi risikan dan keupayaan menyiasat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!