Remaja dibuli, dipukul sekumpulan lelaki

Video tular memaparkan remaja itu ditumbuk beberapa kali ketika sedang duduk oleh sekumpulan lelaki.
Video tular memaparkan remaja itu ditumbuk beberapa kali ketika sedang duduk oleh sekumpulan lelaki.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki dibuli dan dipukul sekumpulan individu di sebuah pondok tepi padang bola di Taman Puteri Wangsa di sini selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dan ejek-mengejek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video kejadian tersebut tular di media sosial sejak Ahad.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berkenaan berlaku jam 2 petang pada 14 Mei tahun lepas.

"Mangsa berusia 17 tahun telah membuat laporan polis pada hari yang sama, mengatakan dipukul oleh beberapa individu yang tidak dikenali.

"Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati selepas berlaku perselisihan faham, serta ejek-mengejek antara mangsa dengan suspek terlibat semasa sedang beriadah di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, dalam kejadian itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak menerima rawatan di hospital.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan kesemua suspek yang terlibat.

Terdahulu tular dua video berdurasi 37 saat dan tujuh saat yang memaparkan remaja itu ditumbuk beberapa kali ketika sedang duduk oleh sekumpulan lelaki.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!