Kalau ada rezeki ke separuh akhir
PEMAIN tengah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yakin pasukan akan dapat melakukan kejutan pada pentas saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar bulan ini.
Menurut Mukhairi, dia meletakkan sasaran peribadi untuk skuad negara mara ke suku akhir pada pentas bolas sepak tertinggi Asia itu.
"Apa yang saya sasarkan adalah untuk mara ke suku akhir dan kalau ada rezeki kita dapat mara ke separuh akhir, Alhamdulillah.
"Sebab kita pun tahu pasukan lain juga sudah melakukan persiapan rapi dan saya harap kita dapat fokus dengan persembahan ketika perlawanan," katanya.
Kejohanan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Doha bakal membuka tirai pada 15 April hingga 3 Mei ini.
Skuad muda negara telah berlepas awal ke Doha dalam usaha untuk menyesuikan diri dan melakukan sesi latihan di negara tersebut.
Mereka juga telah mengadakan dua perlawanan persahabatan di menentang India dan bakal mengharungi dua lagi aksi persahabatan di Doha menentang China dan Qatar.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan memulakan saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti dengan Vietnam 20 April dan Kuwait 23 April.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!