Fabinho tak sabar kembali perkuat Liverpool

Fabinho (tengah) terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika aksi menentang Napoli pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara di Anfield pada 27 November lalu. - Foto AFP
Fabinho (tengah) terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika aksi menentang Napoli pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara di Anfield pada 27 November lalu. - Foto AFP
A
A
A

FABINHO yang mula menjalani latihan ringan selepas mengalami kecederaan mengaku sudah tidak sabar untuk kembali beraksi bersama Liverpool.

Pemain dari Brazil itu mengalami kecederaan ketika aksi Liverpool menentang Napoli pada saingan Liga Juara-juara yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada penghujung November 2019.

Kecederaan bahagian pergelangan kaki itu menyebabkan Fabinho terpaksa direhatkan selama sebulan sekali gus menyaksikan beliau terlepas lapan perlawanan sejak Disember hingga pertengahan Januari.

Fabinho juga terlepas aksi final kejuaraan Piala Dunia Kelab yang menyaksikan The Reds kendalian Jurgen Klopp itu menewaskan Flamengo dari Brazil 1-0 di Qatar.

Kini Fabinho kembali berlatih secara berasingan selepas menjalani sesi pemulihan selama sebulan.

Klopp juga berharap supaya bekas tonggak AS Monaco itu dapat kembali segera menjalani latihan penuh bersama skuad utama minggu ini.

Fabinho yang tidak sabar untuk kembali beraksi berkata, beliau mahu pulih segera supaya dapat memperkuatkan cabaran The Reds bagi mengharungi baki saingan liga.

"Saya kini berada pada sesi pemulihan penuh dan berlatih secara individu buat masa ini.

Artikel Berkaitan:

"Semasa latihan saya bukan hanya sudah boleh melakukan pergerakan badan tetapi juga mengendali pergerakan bola. Saya amat berharap dapat kembali segera ke padang bersama skuad utama.

"Biarpun saya yakin sudah boleh beraksi sepenuhnya, tapi keputusan bergantung kepada laporan pegawai perubatan kelab," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!