Keahlian Amos automatik gugur, Muda Sabah tidak terjejas

Tangkap layar kenyataan Muda Sabah di Facebook
Tangkap layar kenyataan Muda Sabah di Facebook
A
A
A

KOTA KINABALU - Keahlian bekas Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Sabah, Amos Thien automatik gugur selepas beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Menurut kenyataan Jawatankuasa Eksekutif Negeri Muda Sabah, tindakan Amos meninggalkan parti tidak menjejaskan Muda Sabah.

"Amos telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Muda Sabah pada bulan Oktober 2023. Sehubungan itu, jawatan Pengerusi Muda Sabah kini dipangku oleh Timbalan Pengerusi, Faezrah Rizalman sejak November 2023 sehingga pemilihan parti yang akan datang.

"Muda adalah sebuah parti yang inklusif yang meraikan perbezaan pendapat dan mengangkat semangat kesetiakawanan. Dengan itu, kami mengucapkan selamat maju jaya serta mengharapkan yang terbaik buat perjalanan baru diceburi oleh Amos," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Muda Sabah tetap teguh membawa isu rakyat khususnya dalam memastikan hak, kebajikan dan pendidikan rakyat Sabah terus diperjuang dan diperkasakan.

"Muda Sabah juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung idelogi dan memastikan bahawa kerjasama adalah demi kebaikan rakyat Sabah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!