MPAJ kumpul dana lebih RM140,000 laksana aktiviti kebajikan

Dr Ani menyerahkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada lapan buah rumah kebajikan dan anak yatim di kawasan pentadbiran MPAJ.
Dr Ani menyerahkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada lapan buah rumah kebajikan dan anak yatim di kawasan pentadbiran MPAJ.
A
A
A

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengumpul dana sebanyak RM140,687.71 bagi melaksanakan program kebajikan dan kesejahteraan masyarakat meliputi matlamat pembangunan lestari (SDGs).

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, dana menerusi tabung kebajikan Endowment MPAJ itu dilancarkan pada 27 Jun 2023 dan sumbangan yang terkumpul akan digunakan untuk semua aktiviti kebajikan.

"Antaranya sumbangan RM2,500 disalurkan kepada pekerja bankuet berstatus tidak tetap, Mohd Ali Ahmad kerana anak perempuannya menghadapi masalah jantung berlubang.

"Sumbangan itu disampaikan pada program Rewang Komuniti Strata Negeri di Pandan Jaya 25 Februari lalu oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah bersama Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad," kata kenyataan itu pada Selasa.

Selain itu, sebanyak RM8,000 turut disalurkan kepada lapan buah rumah kebajikan dan anak yatim di kawasan pentadbiran MPAJ serta sumbangan duit raya berjumlah RM3,000 diserahkan Dr Ani kepada anak-anak yatim.

Sumbangan duit raya berjumlah RM3,000 menerusi tabung kebajikan ini diserahkan Dr Ani (duduk tengah) kepada anak-anak yatim sempena Ramadan tahun ini.
Sumbangan duit raya berjumlah RM3,000 menerusi tabung kebajikan ini diserahkan Dr Ani (duduk tengah) kepada anak-anak yatim sempena Ramadan tahun ini.

"Sumbangan duit raya itu diserahkan pada majlis penyerahan sumbangan kepada masjid dan surau solat Jumaat serta rumah anak yatim di kawasan pentadbiran MPAJ sempena Ramadan pada 20 Mac 2024 di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

"Sebelum itu, sumbangan RM4,500 juga disampaikan kepada tiga kakitangan MPAJ yang mengalami masalah kesihatan (strok) termasuk kepada salah seorang daripada mereka yang kediamannya musnah dalam kebakaran berlaku baru-baru ini," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, MPAJ berharap sumbangan disampaikan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung penerima terbabit dan amat mengalu-alukan orang ramai untuk turut menyumbang kepada tabung kebajikan Endowmen MPAJ.

"Melalui sumbangan endowmen ini, pihak MPAJ berpeluang melaksanakan lebih banyak inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada warga Ampang Jaya," menurut kenyataan itu.

Sumbangan boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan platform sama ada secara tunai di kaunter hasil MPAJ, secara dalam talian, melalui kad kredit/kad debit/ e-dompet/kod QR ataupun ICOMM MPAJ.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!