Haaland tak patut dijadikan 'kambing hitam'
ERLING Haaland tidak patut dipersalahkan selepas Manchester City hanya mampu seri 0-0 dengan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad lalu.
Bekas pemain Chelsea, Chris Sutton berkata, Haaland tidak seharusnya menjadi kambing hitam selain mangsa kritikan kejam Roy Keane yang mendakwa pemain itu seperti pemain Liga Dua.
Penjaring terbanyak EPL itu mengharungi perlawanan yang mengecewakan menentang pertahanan The Gunners yang berjaya mengekang gerakan dan percubaan daripada Haaland.
Haaland langsung tidak berjaya mencipta jaringan selepas dua daripada empat percubaannya disekat, dan dua lagi gagal menemui sasaran.
Haaland juga hanya melakukan 23 sentuhan pada bola menjadikannya pemain kedua paling sedikit menyentuh bola dalam kalangan pemain City pada perlawanan itu.
"Kritikan Keane agak keras. Semua orang mencari alasan untuk perlawanan itu dan saya fikir ia sedikit tidak adil untuk Haaland.
"Pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes dan William Saliba tampil agresif setiap kali Haaland memegang bola menunjukkan mengapa mereka mejadi pertahanan paling kejam di EPL.
"Musim ini, saya rasa wajar untuk mengatakan dia masih mempunyai musim yang sangat baik. Tetapi dia tidak mencapai tahap tertinggi seperti musim lalu," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!