Ayam golek murah mendapat sambutan

Ayam golek yang sedang dibakar. Laiyyina Safuraa menunjukkan ayam golek yang siap dibungkus
Ayam golek yang sedang dibakar. Laiyyina Safuraa menunjukkan ayam golek yang siap dibungkus
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ayam golek yang dijual dengan harga sebanyak RM19 seekor di hadapan sebuah rumah di Kampung Baloh, Manir, dekat sini menjadi tarikan kepada orang ramai untuk menikmati hidangan istimewa tersebut pada harga murah.

Peniaga ayam golek, Laiyyina Safuraa Shamad, 29, berkata, dia masih menjual ayam golek pada harga murah di bawah pasaran bagi memberi peluang kepada pelanggan terutama golongan kurang berkemampuan dapat menikmati hidangan tersebut untuk berbuka puasa.

Menurutnya, ayam golek yang diberi nama ayam golek ulek mayang itu sentiasa mendapat sambutan sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk membeli hidangan tersebut.

"Walaupun berlaku peningkatan harga bahan mentah lain di pasaran, namun saya tidak naikkan harga lebih dari RM20 seekor dan tetap jual pada harga murah.

"Kita faham keadaan ekonomi tidak menentu sekarang. Niat kita mahu semua orang dapat rasa makan ayam golek sebab tahu ramai nak makan tetapi tak semua mampu beli.

"Jadi dengan adanya jualan ayam golek sebanyak RM19 seekor ini dapat beri peluang kepada pelanggan menikmati hidangan tersebut pada harga murah kerana kebanyakan di bazar dan tempat lain ada yang jualnya sehingga RM30 seekor," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Salah seorang pekerja sedang membakar ayam golek
Salah seorang pekerja sedang membakar ayam golek

Mengulas lanjut, Laiyyina Safuraa berkata, dia dan pekerjanya tidak menang tangan menyediakan sebanyak 250 ayam mentah sehari yang diperap dengan rempah istimewa.

Artikel Berkaitan:

"Sambutan sangat mengalakkan kerana 250 ekor ayam dijual habis terjual setiap hari.

"Kita buka reruai jualan di hadapan rumah bermula jam 3 petang. Orang ramai boleh 'walk in' untuk membeli atau boleh tempah sehari sebelum secara dalam talian," ujarnya.

Dalam pada itu, Laiyyina Safura menyatakan keistimewaan ayam golek jualannya itu turut didorong dengan kualiti rasa meskipun berdepan kenaikan harga barang mentah.

"Kita tetap kekal kualiti rasa walaupun ayam ini dijual pada harga murah.

"Setiap pembelian ayam golek ini disertakan dengan sos buatan sendiri iaitu sos ala Thai," jelasnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Kamariah Isa, 50, berkata, dia ingin mencuba ayam golek murah itu selepas tertarik dengan harga yang dijual lebih murah daripada harga pasaran.

"Baru pertama kali nak rasa sebab tak pernah jumpa ayam golek semurah ini.

"Kebiasaan di tempat lain ayam golek dijual lebih dari RM26 seekor. Jadi saya ambil peluang datang nak beli meskipun perlu beratur panjang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!