Ayam golek murah mendapat sambutan
02 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 2 APRIL 2024
Ayam golek yang dijual dengan harga RM19 seekor di hadapan sebuah rumah di Kampung Baloh, Manir, Kuala Terengganu menjadi tarikan kepada orang ramai untuk menikmati hidangan istimewa tersebut pada harga murah, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.
Peniaga ayam golek, Laiyyina Safuraa Shamad, 29, berkata, dia masih menjual ayam golek pada harga murah di bawah pasaran bagi memberi peluang kepada pelanggan terutama golongan kurang berkemampuan dapat menikmati hidangan tersebut untuk berbuka puasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657776/edisi/terengganu/ayam-golek-murah-mendapat-sambutan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com