Agong berkenan terima menghadap Fahmi, Dzulkefly

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Fahmi (kiri) di Istana Negara di sini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Fahmi (kiri) di Istana Negara di sini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Negara di sini.

Sebelum menerima menghadap Fahmi, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menandatangani hampir 400 kad Hari Raya Aidilfitri pada awal pagi untuk diutus kepada rakyat jelata yang mengirimkan ucapan, menurut catatan di laman Facebook Seri Paduka Baginda.

Fahmi turut berpeluang melihat sendiri Seri Paduka Baginda menandatangani kad-kad ucapan berkenaan.

Pada sesi menghadap itu, Fahmi mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan media sosial di negara ini.

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Dr Dzulkefly (kiri) di Istana Negara di sini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Dr Dzulkefly (kiri) di Istana Negara di sini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Sementara itu Dzulkefly mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan terkini perkhidmatan kesihatan negara serta perancangan baharu kementerian dalam menambah baik fasiliti kesihatan kepada rakyat. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!