Senat Thailand lulus bacaan pertama RUU kahwin sejenis

RUU itu diluluskan dengan mudah oleh Parlimen pada minggu lalu. - Foto Agensi
RUU itu diluluskan dengan mudah oleh Parlimen pada minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Senat Thailand pada Selasa meluluskan bacaan pertama rang undang-undang (RUU) untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

Kelulusan awal itu diberikan selepas Parlimen memberi lampu hijau ketika proses pengundian pada minggu lalu.

“RUU itu meraih 147 undi sokongan dan empat menolak manakala tujuh berkecuali,” kata Naib Presiden Senat, Singsuk Singpai.

Terdahulu, para senator turut membahaskan tentang pertukaran istilah yang merujuk lelaki, wanita, suami dan isteri di bawah undang-undang perkahwinan kepada perkataan neutral jantina.

RUU itu akan diserahkan kepada jawatankuasa dewan untuk pertimbangan selanjutnya.

Senat tidak boleh menolak perubahan yang dicadangkan, namun boleh mengemukakan semula kepada Parlimen untuk dibahaskan secara lanjut bagi tempoh 180 hari.

Ia kemudiannya akan melalui dua lagi proses pengundian di Senat yang dijadualkan pada Julai depan. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!