Juruteknik Amerika didakwa sebabkan kematian perunding di bar
02 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 2 APRIL 2024
Seorang juruteknik warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada Selasa, atas satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang perunding peralatan perubatan dalam insiden pergaduhan akibat terlanggar bahu, di sebuah pusat hiburan, dua minggu lalu.
Mengikut pertuduhan, pemuda itu yang memakai baju T berwarna putih, didakwa menyebabkan kematian K Chandra Bose, 58, iaitu niat hendak menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin mengakibatkan kematian.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bar pusat hiburan di The Square Jaya One, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz, di Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah malam, 23 Mac lalu.
Artikel berkaitan:
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Juruteknik #Amerika #kematian #perunding #bar