Anwar hulur bantuan kepada aktivis awal reformasi Aisah Lamsah

Ahmad Farhan yang meluangkan masa bertemu dan menyampaikan bantuan kepada Asiah di kediamannya di Rantau, Negeri Sembilan pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Ahmad Farhan yang meluangkan masa bertemu dan menyampaikan bantuan kepada Asiah di kediamannya di Rantau, Negeri Sembilan pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada aktivis awal reformasi Aisah Lamsah yang menghidap penyakit lutut kronik.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, bantuan itu disumbangkan menerusi Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan aktivis berkenaan di Rantau, Negeri Sembilan pada Rabu.

"Puan Aisah juga perlu menjaga anaknya, Muhammad Syakhir yang menghidap Spinal Ependymoma atau ketumbuhan tumor di bahagian tulang belakang.

"Penyakit ini membawa pelbagai komplikasi yang memudaratkan dan adik Syakhir memerlukan pembedahan segera.

"Saudara Farhan turut menyampaikan bantuan kepada Puan Aisah bagi pihak saya. Memohon semua untuk sama mengirim doa buat Puan Aisah dan adik Syakhir agar selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!