Individu di AS dijangkiti selesema burung H5N1

CDC memberi jaminan kes jangkitan itu tidak mengubah penilaian risiko terhadap manusia yang sebelum ini dianggap masih rendah. Foto Agensi
CDC memberi jaminan kes jangkitan itu tidak mengubah penilaian risiko terhadap manusia yang sebelum ini dianggap masih rendah. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Seorang individu di Amerika Syarikat (AS) sedang dalam fasa pemulihan selepas dijangkiti selesema burung, H5N1 yang disebarkan lembu ternakan.

Ia merupakan kes kedua manusia didiagnos positif wabak itu selepas jangkitan melibatkan lembu ternakan di Texas, Kansas dan beberapa negeri lain sejak beberapa minggu lalu.

“Pesakit itu mengalami mata kemerahan (konsisten dengan konjunktivitis) yang merupakan satu-satunya simptom yang dikenal pasti,” ujar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) sambil menambah individu itu diasingkan dan dirawat dengan ubat antivirus digunakan untuk mencegah selesema.

CDC juga memberi jaminan kes jangkitan itu tidak mengubah penilaian risiko terhadap manusia yang sebelum ini dianggap masih rendah.

Kes pertama jangkitan selesema burung pada manusia berlaku pada banduan di penjara Colorado pada 2022 yang juga disebarkan haiwan dijangkiti.

Ketika ini, pakar bimbang dengan peningkatan kes jangkitan mamalia didiagnos positif H5N1 dan potensi penyebaran antara spesies berkenaan.

Pada 20 Mac lalu, pihak berkuasa kesihatan Minnesota melaporkan kes jangkitan selesema burung pada ternakan kambing. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!