'Saya maafkan orang fitnah saya'

Noor Azman. Foto Bernama
Noor Azman. Foto Bernama
A
A
A

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman memaafkan pihak yang memfitnahnya melalui satu surat layang yang tersebar sebelum ini.

Menurut Noor Azman, beliau tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.

"Tohmahan itu memang banyak kepada saya. Cuma, saya tidak mahu komen dan pada bulan Ramadan ini, satu sahaja iaitu saya maafkan apa juga fitnah itu.

"Selebihnya saya serahkan kepada FAM untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Sebelum ini, tular surat layang yang dihantar melalui e-mel kepada media mengenai salah guna kuasa dalam pengurusan FAM yang memperlihatkan Noor Azman antara individu yang banyak disebut dalam surat tersebut.

Noor Azman didakwa tidak memenuhi tugas yang telah diamanahkan kepada beliau sebagai setiausaha agung selain didakwa lebih cenderung kepada aktiviti politik berbanding menjalankan tanggungjawabnya.

Malah, surat itu juga menyebut individu yang pandai membodek atau menyanjung beliau sering diutamakan untuk kenaikan pangkat atau diberikan peluang untuk menghadiri mesyuarat khas bersamanya.

Selain itu, Noor Azman juga didakwa terlibat dalam peletakan jawatan setiausaha agung lama, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!