Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
HUALIEN - Gempa bumi besar dengan magnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan, hari ini sekali gus menyebabkan amaran tsunami di selatan Jepun dikeluarkan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), pusat gempa terletak kira-kira 18 kilometer (11 batu) di selatan bandar Hualien.
Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat. - Awani/Agensi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!