Haaland tetap penyerang terbaik dunia

Haaland ketika dicabar pemain Arsenal dalam aksi EPL baru-baru ini. FOTO: EPA
Haaland ketika dicabar pemain Arsenal dalam aksi EPL baru-baru ini. FOTO: EPA
A
A
A

PEP Guardiola berkata, Erling Haaland perlu dihormati sebagai penyerang terbaik dunia selepas bintang Manchester City itu dikritik oleh Roy Keane.

Bekas kapten Manchester United, Keane menyifatkan persembahan Haaland ketika menentang Arsenal baru-baru ini adalah sangat buruk dan seperti pemain Liga Dua.

Haaland adalah penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 18 gol dan dia juga telah memenangi Kasut Emas musim lalu pada musim pertama yang luar biasa bersama City.

Dia menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan ketika anak buah Guardiola menjulang EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Tetapi bos City, Guardiola tidak terkesan dengan kenyataan Keane, menegaskan sebarang ketumpulan tanpa jaringan menentang Arsenal harus diambil tanggungjawab oleh pasukan.

“Saya tidak bersetuju dengannya, sama sekali tidak. Dia penyerang terbaik di dunia dan dia membantu kami memenangi apa yang kami menangi musim lalu. Erling luar biasa.

“Sebab kami tidak mencipta peluang bukan kerana Erling. Piawaian yang ada pada Erling adalah sukar dipercayai dan semua orang mengharapkan perkara lain.

“Ada perlawanan di mana dia boleh menjadi lebih baik tetapi saya tahu semasa perlawanan menentang Arsenal bahawa sebab mengapa kami tidak mencipta peluang bukan kerana Erling.

Artikel Berkaitan:

“Kami memerlukan lebih banyak kehadiran di dalam kotak. Jika kita mempunyai perkara itu, Erling akan mempunyai lebih banyak ruang. Ia berlaku kadang-kadang. Jika anda mahu menjaringkan gol, bawa ramai pemain kepada penjaga gol lawan, ia semudah itu," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!