Nur Dinie Damia sudah tiada

Nur Dinie Damia
Nur Dinie Damia
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, Nur Dinie Damia yang didakwa kritikal akibat jangkitan Influenza A disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.40 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Muhammad Noor Ain, 38, menerusi aplikasi WhatsApp.

"Anak saya dah tiada. Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita.

Dilaporkan jenazah kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid kritikal alami kegagalan hati, buah pinggang

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!