Lelaki paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 114 tahun
CARACAS - Warga Venezuela, Juan Vicente Perez Mora yang disahkan sebagai lelaki paling tua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 2022 menghembuskan nafas terakhir pada usia 114 tahun pada Selasa.
Berita sedih tentang pemergian beliau turut dikongsi Presiden Nicolas Maduro menerusia platform X.
Perez Mora memegang rekod untuk kategori itu ketika beliau berusia 112 tahun dan 253 hari.
Bapa kepada 11 anak itu mempunyai 41 cucu, 18 cicit dan 12 piut.
Petani yang turut dikenali sebagai Tio Vicente itu dilahirkan pada 27 Mei 1909 di bandar El Cobre, negeri Tachira.
"Ketika berusia lima tahun, dia sudah mula bekerja bersama bapa dan abang-abangnya dalam bidang pertanian," menurut Rekod Dunia Guinness pada 2022.
Perez Mora kemudiannya berkhidmat sebagai syerif dan bertanggungjawab menyelesaikan isu pertikaian tanah dan keluarga ketika dia masih terlibat dalam aktiviti pertanian. - AFP
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!