BSN rai 100 anak yatim berbuka puasa

Jay Khairil (dua, kanan) menyampaikan baju raya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Baju Raya kepada Komuniti PPR Lembah Subang.
Jay Khairil (dua, kanan) menyampaikan baju raya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Baju Raya kepada Komuniti PPR Lembah Subang.
A
A
A

PUTRAJAYA- Seramai 100 anak yatim dari golongan asnaf di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dirai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam majlis berbuka puasa di sini pada Rabu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh turut menyerahkan duit raya kepada anak-anak yatim dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana, SK Putrajaya Presint 18 (1) dan SK Putrajaya Presint 15 (1).

Turut hadir Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah dan Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.

Dalam pada itu, BSN turut melancarkan produk simpanan terbaharu khas untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu BSN EduSave-i.

Jay Khairil dalam ucapannya berkata, BSN EduSave-i merupakan akaun simpanan individu patuh syariah yang ditawarkan kepada kanak-kanak seawal tujuh tahun sehingga remaja berusia 18 tahun.

"Ia diperkenalkan bagi memberi peluang kepada ibu bapa membuat simpanan untuk masa depan anak-anak dengan simpanan minimum RM50," katanya.

Jay Khairil (tengah) bergambar bersama penerima-penerima sumbangan baju raya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Baju Raya kepada Komuniti PPR Lembah Subang di Dewan Blok D, PPR Lembah Subang pada Rabu. Turut sama Pengarah Eksekutif Woman of Will (WOW), Lakshwin Muruga dan Ketua Pemimpin Wanita WOW Sewing Centre, Isham Romli. Foto Bernama

Beliau turut memaklumkan sebuah alat pembayaran gelang tangan (wristlet), BSN Wearable yang dilancarkan Februari lalu kini telah digunakan di 149 sekolah yang mengambil bahagian dalam program Sekolah Tanpa Tunai BSN di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

"Peranti tanpa sentuh ini dapat menggantikan dompet atau kad debit selain membolehkan pemakai membuat pembayaran tanpa tunai di kafeteria sekolah, koperasi atau kedai buku, rakan niaga Visa dan MyDebit yang mempunyai logo tanpa sentuh Visa payWave atau MyDebit,” katanya.

Sementara itu, Wong menzahirkan penghargaan kepada BSN atas kerjasama bank itu dalam memajukan sektor pendidikan negara dan berharap hubungan yang sedia terjalin itu dapat diteruskan pada masa hadapan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!