Stesen minyak tanpa subsidi di Rantau Panjang 80 peratus siap

Gambar hiasan. Foto Bernama
Gambar hiasan. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Pembinaan stesen minyak tanpa subsidi di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang sudah 80 peratus siap.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, ketika ini pihaknya menunggu sijil layak menduduki (CF) bagi membolehkan kouta penjualan bahan api itu dapat dijalankan.

"Kalau ikut jadual asal bulan April, tapi melihat keadaan semalam saya tidak rasa ia dapat disiapkan dalam tempoh ini," katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Iftar KPDN di sini pada Rabu.

Menyentuh pembinaan sebuah lagi stesen di Jeli, beliau berkata, KPDN sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Azman (tiga dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan KPDN Kelantan semasa majlis iftar di Kota Bharu pada Rabu.
Azman (tiga dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan KPDN Kelantan semasa majlis iftar di Kota Bharu pada Rabu.

Beliau menjelaskan, ia melibatkan pembinaan stesen hibrid yang diubah usai, melibatkan penjualan subsidi dan tanpa subsidi.

Media sebelum ini melaporkan Kelantan bakal mewujudkan dua stesen minyak tanpa subsidi tidak lama lagi bagi mengelakkan ketirisan petrol ke negara jiran.

Azman memberitahu, dua stesen itu akan dibuka di daerah Rantau Panjang dan Jeli.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!