Angka kematian di Gaza hampiri 33,000
ANKARA - Seramai 32,975 warga Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung itu pada Rabu.
Kenyataan itu dibuat ketika serangan kejam Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-180, lapor Agensi Anadolu.
Menurut kementerian, seramai 75,577 warga Palestin turut cedera dalam serangan rejim.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Israel melakukan lima pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza yang menyebabkan 59 orang terbunuh manakala 83 lagi cedera.
"Banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan terbiar di jalan raya manakala pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi serangan," katanya.
Konflik Israel-Hamas menyebabkan 85 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah. - Bernama/Anadolu
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!