Bubbles O2 Group kongsi rezeki sempena Ramadan

Petugas menunjukkan air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2 yang dikongsikan bersama orang ramai pada program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Shah Alam pada Selasa. Foto Sinar Harian-Asril Aswandi Shukor
Petugas menunjukkan air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2 yang dikongsikan bersama orang ramai pada program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Shah Alam pada Selasa. Foto Sinar Harian-Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM – Kumpulan Syarikat Bubbles O2 (Bubbles O2 Group) berkongsi rezeki sempena Ramadan dengan mengedarkan 1,500 botol air mineral beroksigen semula jadi, BubblesO2 kepada orang ramai pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Selasa.

Inisiatif murni itu dinyatakan Pengarah Urusannya, Ain Azizah Arifin yang mana ia merupakan antara usaha pihaknya menyantuni masyarakat khususnya umat Islam untuk bersama-sama berbuka puasa.

Katanya, air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2 amat sesuai bagi mereka yang berpuasa kerana mampu membantu meningkatkan hidrasi dan kesihatan kepada orang ramai.

Ain Azizah
Ain Azizah

Malah, sumbangan itu turut membantu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan serta manfaat diperoleh daripada air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2.

BubblesO2 merupakan satu-satunya sumber air mineral ditemui di negara ini mengandungi kandungan oksigen terlarut, lebih tinggi dari tahap ketepuan.

“Kami percaya akses kepada air bersih dengan kandungan mineral dan oksigen terlarut bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan asas harus dimiliki semua orang.

“Oleh itu, kami menetapkan harga BubblesO2 lebih murah berbanding jenama air beroksigen lain di pasaran menjadikannya lebih mudah diakses semua lapisan pengguna,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

 Kanak-kanak mencuba permainan interaktif di reruai Bubbles O2 Group yang menawarkan hadiah menarik.
Kanak-kanak mencuba permainan interaktif di reruai Bubbles O2 Group yang menawarkan hadiah menarik.

Menurut Ain Azizah, selain minuman, syarikatnya juga turut menyumbang 500 pek makanan kepada orang ramai yang hadir berbuka puasa pada program berkenaan.

“Ini bukan sekadar transaksi perniagaan, tetapi mencipta hubungan bermakna, memberi impak positif kepada kami sekali gus kepada penduduk sekitar.

“Selain program Iftar Ala Madinah@Karangkraf, pihak kami baru sahaja bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara melancarkan Le Tour de Langkawi 2024,” katanya.

BOSB adalah penaja utama minuman BubblesO2 sempena perlumbaan basikal berprestij itu yang berlangsung September ini.

eorang pengunjung menerima air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2 secara percuma selepas menyertai permainan menarik di tapak program Iftar Ala Madinah@Karangkraf, Shah Alam.
eorang pengunjung menerima air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2 secara percuma selepas menyertai permainan menarik di tapak program Iftar Ala Madinah@Karangkraf, Shah Alam.

Selain itu, Bubbles O2 Group juga merupakan penaja pelbagai program sukan terkemuka di Malaysia sebagai inisiatif memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Antara program sukan adalah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Besbol Kebangsaan (NBL), Petronas MotoGP dan sebagainya.

“Melalui sumbangan ini kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara sama dan mencipta kesan berterusan kepada komuniti,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!