[VIDEO] Baca al-Quran berbumbungkan langit

A
A
A

LUMUT - Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh mencipta kelainan sempena World #QuranHour apabila melaksanakan program berkenaan di luar bangunan pada tahun ini.

Penggeraknya, Maziah Rafie berkata, kelainan itu ditampilkan bagi membolehkan peserta merasai pengalaman baharu membaca dan menghayati tadabbur berbumbungkan langit.

Menurutnya, penganjuran pada kali ini dibuat lebih awal bermula jam 8 pagi berbanding masa sebenar jam 12 tengah hari atas faktor cuaca.

Bacaan surah Al-Jumu'ah berbumbungkan langit antara kelainan yang ditampilkan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh sempena program World #QuranHour di Homestay D'Leemaz di Lumut.
Bacaan surah Al-Jumu'ah berbumbungkan langit antara kelainan yang ditampilkan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh sempena program World #QuranHour di Homestay D'Leemaz di Lumut.

"Kami amat teruja dengan penganjuran World #QuranHour kali ini bagi Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh kerana kita buat kelainan sedikit dengan memilih untuk buat di luar.

"Tahun ini seramai 50 peserta terdiri daripada pemegang panji Al-Jumu'ah bersama-sama ahli Jawatankuasa Biro Muslimah Masjid Sultan Idris Shah II Teluk Muroh dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Parlimen Lumut," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Program World #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di Homestay D'Leemaz di sini pada Khamis.

Maziah berkata, pihaknya memilih untuk menganjurkan program lebih awal berbanding Rumah Ngaji yang lain kerana sebahagian ahli Rumah Ngaji mahu menyertai penganjuran World #QuranHour di peringkat kebangsaan yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Seramai kira-kira 50 peserta terbabit dalam program World #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh.
Seramai kira-kira 50 peserta terbabit dalam program World #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Biro Pendidikan dan Inovasi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Tembak Teluk Muroh turut mengajak umat Islam menghayati dan menjiwai makna ayat-ayat di dalam Surah Al-Jumu'ah kerana ia sarat dengan pelbagai nasihat serta panduan kepada manusia.

Menurutnya, hari Jumaat merupakan satu hari yang paling istimewa berbanding hari-hari lain yang mana umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan pada hari tersebut seperti berselawat, bersedekah dan sebagainya.

Peserta World #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh memperdengarkan bacaan surah Al-Jumu'ah dan kemudian menghayati tadabbur yang disampaikan Ustazah Rafidah.
Peserta World #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh memperdengarkan bacaan surah Al-Jumu'ah dan kemudian menghayati tadabbur yang disampaikan Ustazah Rafidah.

Sementara itu, program tersebut dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah diikuti dengan bacaan Surah Al-Jumu'ah.

Sesi tadabbur Surah Al-Jumu'ah dikendalikan Ustazah Rafidah Mohammad.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!