Jalinan kasih Grab sempena Ramadan ini

Inisiatif program bubur lambuk ini memberi ruang kepada Grab Malaysia, komuniti rakan pemandu dan rakan penghantar menyantuni masyarakat di Kuantan, Pahang pada bulan Ramadan.
Inisiatif program bubur lambuk ini memberi ruang kepada Grab Malaysia, komuniti rakan pemandu dan rakan penghantar menyantuni masyarakat di Kuantan, Pahang pada bulan Ramadan.
A
A
A

Bersempena dengan semangat Ramadan, kolaborasi antara tiga pihak telah terjalin dalam misi penuh ketulusan untuk mengedarkan bubur lambuk kepada lebih 2,500 individu di tiga negeri di Pantai Timur.

Grab Malaysia, komuniti rakan pemandu dan penghantar telah bekerjasama dengan pihak pengurusan masjid tempatan dan hospital untuk inisiatif ini yang menerapkan nilai-nilai ihsan, kemurahan hati dan semangat kemasyarakatan yang menjadi tunjang pada bulan Ramadan.

Pengagihan yang telah dibuat di Terengganu, Kelantan dan Pahang turut mendapat kerjasama dari pihak lain termasuk pihak pengurusan Masjid Saidina Othman Bukit Rangin Kuantan, Masjid Abidin @ Masjid Puteh Kuala Terengganu dan Hospital USM Kelantan, Kota Bharu.

Kerjasama antara Grab Malaysia dan komuniti di Terengganu pada program bubur lambuk ini memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat.
Kerjasama antara Grab Malaysia dan komuniti di Terengganu pada program bubur lambuk ini memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat.

Menurut Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor, inisiatif berkenaan merangkumi intipati sebenar Ramadan – bersatu sebagai komuniti untuk menyokong satu sama lain.

“Kami bukan sahaja memberi sanjungan kepada usaha dedikasi dan tanpa jemu rakan-rakan pemandu dan penghantar kami, tetapi juga menyampaikan penghargaan kami kepada pengguna.

“Setiap pesanan atau tunggangan yang dibuat melambangkan langkah bermakna ke arah memupuk perpaduan dalam komuniti kita. Melalui perbuatan baik itu, kita dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang dan perpaduan dalam masyarakat kita.

Artikel Berkaitan:

“Grab akan terus memastikan tiada komuniti yang ketinggalan, di samping berusaha untuk impak sosial yang positif dalam kalangan mereka yang kurang mendapat perkhidmatan dan terpinggir,” katanya.

Rashid (kiri) menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk setempat.
Rashid (kiri) menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk setempat.

Jelas beliau, kerjasama itu juga menyaksikan penyertaan rakan pemandu dan penghantar, pasukan Grab, dan wakil masjid di lokasi untuk membantu dalam penyediaan, pembungkusan dan pengedaran bubur lambuk kepada mereka yang memerlukan dalam komuniti.

“Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada komuniti rakan pemandu dan penghantar, rakan kongsi dalam projek ini dan sukarelawan yang terlibat dalam pengagihan bubur lambuk.

Grab Malaysia turut menyantuni masyarakat di Kota Bharu, Kelantan sempena program inisiatif bubur lambuk berkenaan.
Grab Malaysia turut menyantuni masyarakat di Kota Bharu, Kelantan sempena program inisiatif bubur lambuk berkenaan.

“Bersama-sama, kita telah menunjukkan kekuatan tindakan kolektif dalam menyebarkan kegembiraan dan kebaikan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini,” jelas Rashid.

Untuk menonton video inisiatif program bubur lambuk Grab Malaysia, klik di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!