Pemilik McDonald’s Malaysia curah bakti Ramadan

Sukarelawan McDonald’s Malaysia dan ahli kariah Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya, Negeri Sembilan, berganding bahu memasak 2,000 pek bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
Sukarelawan McDonald’s Malaysia dan ahli kariah Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya, Negeri Sembilan, berganding bahu memasak 2,000 pek bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
A
A
A

SEREMBAN - McDonald’s Malaysia meneruskan program Ramadannya dengan mengunjungi serta menaja hidangan moreh kepada jemaah Masjid Saidatina Khadijah, di sini pada Rabu.

Program tajaan moreh itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan McDonald’s Malaysia sejak tahun 2015 lagi bagi menyemarakkan malam Ramadan bersama kariah kawasan berkenaan.

Setiap tahun, dianggarkan sebanyak 300 masjid dan surau di seluruh negara akan dikunjungi McDonald’s Malaysia sepanjang Ramadan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, salah satu ibadah dalam Ramadan adalah untuk berkongsi rezeki dengan komuniti yang memerlukan.

Lebih 300 Kotak Rezeki telah disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan sepanjang program Ramadan McDonald’s Malaysia pada tahun ini.
Lebih 300 Kotak Rezeki telah disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan sepanjang program Ramadan McDonald’s Malaysia pada tahun ini.

"Justeru, kita ambil keberkatan Ramadan ini dan berharap sumbangan yang diberikan dapat dinikmati bersama-sama dan memberikan keceriaan kepada masyarakat di kawasan ini,” katanya pada program penyerahan tajaan moreh, di sini pada Rabu.

Prihatin komuniti Muslim

Tambah Azmir, program tajaan moreh itu merupakan tanggungjawab pihaknya menyantuni masyarakat sebagai sebuah syarikat 100 peratus milik orang Islam.

Artikel Berkaitan:

Malah program itu diadakan di negeri kelahirannya yang mana ia diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti di Negeri Sembilan.

“Semoga restoran-restoran McDonald’s akan terus menjadi jiran yang prihatin kepada komuniti dan membawa kemakmuran kepada masyarakat di sekitarnya” jelasnya lagi.

Azmir (tiga dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil dari enam rumah anak-anak yatim sekitar Negeri Sembilan yang menerima sumbangan tunai dan Kotak Rezeki sempena persiapan Aidilfitri.
Azmir (tiga dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil dari enam rumah anak-anak yatim sekitar Negeri Sembilan yang menerima sumbangan tunai dan Kotak Rezeki sempena persiapan Aidilfitri.

Pada masa sama, McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan Kotak Rezeki berupa barangan keperluan harian kepada lebih 300 penerima antaranya keluarga-keluarga asnaf, ibu-ibu tunggal dan pesakit-pesakit kanser.

Malah, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) turut menyampaikan sumbangan kepada enam buah rumah anak-anak yatim di Negeri Sembilan untuk persiapan menjelang Aidilfitri.

Enam rumah anak yatim berkenaan adalah Madrasah Hayatul Islam, Chenor; Madrasah Hayatul Islam, Rembau; Madrasah Dinul Hayah, Kuala Pilah; Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Kuala Pilah; Pusat Jagaan Nur Nusari, Seremban; dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Seremban.

McDonald’s Malaysia mengedarkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan negara seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
McDonald’s Malaysia mengedarkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan negara seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sumbangan berjumlah RM14,000 turut disalurkan oleh Yayasan Jaafar Ahmad kepada rumah kebajikan berkenaan bagi membantu kanak-kanak memerlukan di negeri itu.

Sementara itu, Pengurus Besar RMHC Malaysia, Nasri Nordin berkata, persiapan hari raya bukanlah satu perbelanjaan yang kecil, namun, rumah-rumah kebajikan biasanya mempunyai dana yang terhad.

"Justeru, RMHC Malaysia dan Yayasan Jaafar Ahmad sebagai badan-badan kebajikan memberi fokus kepada kesejahteraan kanak-kanak. Justeru, sumbangan ini diharapkan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada kanak-kanak menjelang Aidilfitri nanti," katanya.

Aktiviti

McDonald’s Malaysia menaja hampir 500 hidangan moreh kepada jemaah masjid selepas tarawih di Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya, Negeri Sembilan.
McDonald’s Malaysia menaja hampir 500 hidangan moreh kepada jemaah masjid selepas tarawih di Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya, Negeri Sembilan.

Aktiviti dalam bulan Ramadan seperti moreh dan pemberian sumbangan Kotak Rezeki merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s & RMHC yang dilaksanakan setiap tahun oleh restoran khidmat segera itu.

Dianggarkan McDonald’s Malaysia menerusi RMHC melaksanakan 19,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun merangkumi segenap lapisan masyarakat seperti sambutan hari jadi bersama anak-anak yatim, sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan negara serta sumbangan minuman kepada jemaah masjid setiap hari Jumaat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfi Mohamad Al-Bakri menyampaikan tazkirah sempena program Ramadan McDonald’s Malaysia di Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya, baru-baru ini.

Selain itu, komitmen kepada komuniti juga dizahirkan melalui konsistensi McDonald’s Malaysia menunaikan zakat korporat.

Sejak 2017 sehingga kini, McDonald’s Malaysia telah menunaikan zakat dengan jumlah keseluruhan RM12 juta sejak syarikat itu dimiliki orang Islam selepas setelah diambil alih Datuk Azmir Jaafar sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!