Angka korban warga Palestin lepasi angka 33,000

Seorang budak lelaki menangisi jenazah saudaranya di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua
Seorang budak lelaki menangisi jenazah saudaranya di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua
A
A
A

BANDARAYA GAZA - Sekurang-kurangnya 33,037 warga Palestin maut dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di kawasan enklaf yang dikepung itu pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan kementerian itu, seramai 75,668 rakyat Palestin juga cedera dalam serangan itu.

"Serangan ke atas Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 orang dan 91 lagi dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya.

"Masih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan dan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” kata kementerian itu lagi.

Orang ramai berkumpul di atas runtuhan bangunan yang musnah di bandar Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua
Orang ramai berkumpul di atas runtuhan bangunan yang musnah di bandar Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

Serangan Israel yang memasuki 181 hari telah mengakibat 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain berhadapan kekurangan makanan, air bersih dan bekalan ubat-ubatan yang akut sementara 60 peratus daripada infrastruktur enklaf itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Israel didakwa melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang pada minggu lepas mengarahkannya supaya bertindak untuk mengelakkan kebuluran di Gaza. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!