Dr Akmal ditahan polis sebaik tiba di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan bahawa beliau telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pagi Jumaat.
Beliau yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur ditahan walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu.
"Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.
"Insya-ALLAH saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita," tulisnya dalam Facebook miliknya pada Jumaat.
Sebelum itu, dalam satu video berdurasi 46 saat Dr Akmal sempat menyebut 'no fear, no surrender' sebelum beredar dengan menaiki kenderaan polis.
Dr Akmal difahamkan datang ke Sabah untuk menghadiri majlis Kembara Ramadan Pemuda UMNO Malaysia yang dijadualkan diadakan di Beaufort pada Jumaat.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!