Deretan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah hidup rakyat
BERITA SEMASA 5 APRIL 2024
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor perlu menyedari bahawa dengan membina deretan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tidak akan mengubah kehidupan rakyat di negeri ini.
Teguran itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air, elektrik dan jalan raya yang kritikal.
Menurutnya, Hajiji secara mudah menafikan realiti sebenar masalah rakyat dengan menyatakan beliau ketinggalan zaman dan hanya tahu berkhayal.
Kata Bung Moktar, jika dirinya dituduh sebagai ketinggalan zaman, mungkin Ketua Menteri pada penggal ini jauh terpisah dengan derita rakyat sehingga tidak cakna dengan apa yang berlaku.
Muzik: www.Bensound.com