Bangkai penyu reput dijumpai terdampar di Pantai Sura

Bangkai seekor penyu yang telah reput dan hanya tinggal cengkerang dijumpai terdampar di Pantai Sura, Dungun pada pagi Khamis.
Bangkai seekor penyu yang telah reput dan hanya tinggal cengkerang dijumpai terdampar di Pantai Sura, Dungun pada pagi Khamis.
A
A
A

DUNGUN - Seorang sukarelawan membersih pantai menemukan bangkai seekor penyu yang hanya tinggal cengkerang terdampar di Pantai Sura di sini pada pagi Khamis.

Ketua Geng Plastik Ija (GPI) daerah Dungun, Masdi@Aminuddin Mohamad, 44 berkata, bangkai penyu yang telah reput itu dijumpai kira-kira jam 7.40 pagi.

Katanya, haiwan itu ditemukan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan pantai.

"Saya ke pantai ini untuk kutip sampah dan botol, kebetulan waktu buat kerja tu saya ternampak objek seperti penyu terdampar di atas pasir.

"Dari jauh saya nampak penyu itu macam dah mati sebab badannya dah reput dan bau bangkainya sudah yang tidak begitu kuat. Saya rasa mungkin ia dah lama mati dan baru dihanyutkan arus ke pesisir pantai," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Menurut Masdi, penyu tersebut mungkin sudah dewasa kerana ukuran saiz badannya sepanjang 79 sentimeter (cm) dan 55 cm lebar.

Bagaimanapun, katanya, jantina dan jenis penyu tersebut tidak dapat dipastikan kerana keadaan bangkainya yang telah reput.

Dalam pada itu, Masdi memberitahu dia turut menemukan seekor lagi bangkai penyu lalu berhampiran pantai sama minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Jantina dan jenis penyu tersebut tidak dapat dipastikan kerana keadaan bangkainya yang telah mereput.
Jantina dan jenis penyu tersebut tidak dapat dipastikan kerana keadaan bangkainya yang telah mereput.

"Sebelum ini, saya ada jumpa bangkai Penyu Karas yang lebih kecil mungkin berusia antara empat hingga enam tahun.

"Bangkai penyu itu kelihatan lebih sempurna jika nak dibandingkan dengan bangkai penyu yang saya jumpa hari ini, " katanya.

Sebelum ini tiga hari berturut-turut sukarelawan membersih pantai atau Geng Plastik Ija (GPI) berkongsi penemuan dua bangkai penyu di Pantai Chakar Hutan di Kerteh bermula pada Isnin dan kes terbaharu berlaku pada Khamis.

Isnin lalu seekor penyu agar jantan dianggarkan seberat 150 kilogram dijumpai mati di Pantai Chakar Hutan dipercayai terjerut pukat pari yang dipasang di laut.

Selain itu, bangkai seekor lagi penyu agar dijumpai terdampar di sama oleh anggota sukarelawan yang melakukan rondaan di pantai berkenaan pada Selasa.

Penemuan bangkai penyu betina yang saiznya lebih kecil itu berlaku dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas bangkai seekor penyu jantan daripada spesies sama yang dijumpai pada pagi Isnin.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!