Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula sesi persekolahan ini

Inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam. Foto Bernama
Inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM memaklumkan aktiviti itu diperluaskan di semua institusi pendidikan termasuk di sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi.

Menurut KPM, inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.

"Setakat ini ia telah dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah melibatkan seramai 12,673 guru dan 120,489 murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang," menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM bagi tempoh 2024-2030.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan cerminan komitmen teguh KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan dalam masa sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!