Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf

Zailani menyerahkan sumbangan beras kepada kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Zailani menyerahkan sumbangan beras kepada kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sepanjang Ramadan tahun ini.

Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan sumbangan beras kepada 194 kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya.

Sumbangan beras yang diagihkan kepada penerima. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sumbangan beras yang diagihkan kepada penerima. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Penerima sumbangan terdiri daripada kakitangan gred jawatan 11 dan 14, dengan kurniaan itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim.

Turut hadir pada program penyampaian sumbangan di Istana Negara hari ini ialah Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh dan Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara Irfan Idrus. - Bernama

Sumbangan beras yang diagihkan kepada penerima. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sumbangan beras yang diagihkan kepada penerima. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!