Ribut: Jemaah terpaksa solat Jumaat di ruang dewan makan
PUCHONG - Jemaah Masjid Nurul Huda Puchong terpaksa menunaikan solat Jumaat di ruang terbuka dewan makan masjid itu berikutan kerosakan teruk akibat dilanda ribut pada Sabtu lepas.
Nazir Masjid Nurul Huda Puchong, Nasiruddin Mohamed berkata, mimbar sementara digunakan di ruang itu bagi kegunaan khatib bertugas membaca khutbah.
Menurutnya, meskipun dalam keadaan ruang solat sempit dan kurang selesa berikutan sebahagian bumbung masjid tercabut, namun ruang legar masjid yang tidak terjejas itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah.
"Usaha dan ukhwah jemaah membersihkan dan penyediaan tempat solat ini sungguh luar biasa bagi memastikan kita dapat bersama-sama mendirikan solat jumaat berjemaah di masjid ini.
"Kita berharap jemaah dapat bersabar di atas kekurangan ini dan tidak menjadikan alasan untuk mereka tidak menunaikan solat Jumaat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Nasiruddin memberitahu, kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang melakukan kerja baik pulih di bahagian bumbung atap terjejas.
"Usaha sedang dilakukan untuk memastikan masjid ini dapat digunakan sepenuhnya semula dalam masa terdekat," jelas beliau.
Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan, jemaah Masjid Nurul Huda Puchong terpaksa menunaikan solat fardu lima waktu dan tarawih di ruangan sempit apabila rumah ibadah itu mengalami kerosakan teruk selepas dibadai ribut dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Kejadian ribut kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan sebahagian besar bumbung di ruang utama tempat solat lelaki dan wanita tercabut dan diterbangkan ribut.
Keadaan itu juga menyebabkan permaidani masjid itu basah dan dipenuhi air.
Masjid Nurul Huda Puchong terpaksa melaksanakan solat Jumaat di ruang terbuka dewan makan masjid itu berikutan dilanda ribut pada Sabtu lalu.
Nazir Masjid Nurul Huda Puchong, Nasiruddin Mohamed berkata, mimbar sementara digunakan di ruang itu bagi kegunaan khatib bertugas membaca khutbah.
Menurut beliau, meskipun dalam keadaan ruang solat sempit dan kurang selesa berikutan sebahagian bumbung masjid tercabut, namun ruang legar masjid yang tidak terjejas itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah.
"Usaha dan ukhwah jemaah membersihkan dan penyediaan tempat solat ini sungguh luar biasa bagi memastikan kita dapat bersama-sama mendirikan solat jumaat berjemaah di masjid ini.
"Kita berharap jemaah dapat bersabar di atas kekurangan ini dan tidak menjadikan alasan untuk mereka tidak menunaikan solat Jumaat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Nasiruddin memberitahu, kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang melakukan kerja baik pulih di bahagian bumbung atap terjejas.
"Usaha sedang dilakukan untuk memastikan masjid ini dapat digunakan sepenuhnya semula dalam masa terdekat," jelas beliau.
Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan, jemaah Masjid Nurul Huda Puchong terpaksa menunaikan solat fardu lima waktu dan tarawih di ruangan sempit apabila rumah ibadah itu mengalami kerosakan teruk selepas dibadai ribut dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Kejadian ribut kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan sebahagian besar bumbung di ruang utama tempat solat lelaki dan wanita tercabut dan diterbangkan ribut.
Keadaan itu juga menyebabkan permaidani masjid itu basah dan dipenuhi air.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!