Tambah baik masjid untuk mudahkan jemaah beribadah

Bumbung Masjid Kampung Kuala Dura sudah siap dibina hasil sumbangan orang ramai.
Bumbung Masjid Kampung Kuala Dura sudah siap dibina hasil sumbangan orang ramai.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Keindahan dan keselesaan masjid antara faktor utama yang boleh menarik jemaah untuk beribadah dengan lebih tenang.

Justeru, pihak pengurusan Masjid Kampung Kuala Dura, Hulu Terengganu berusaha memastikan kemudahan tempat ibadah itu lengkap dan cantik.

Setiausaha masjid tersebut, Mohd Faizul Abdullah berkata, antara usaha mereka ialah menyiapkan ruang tambahan tempat solat, dewan dan kelas untuk fardu ain bagi kanak-kanak di Kampung Kuala Dura serta sekitarnya selepas menerima sumbangan.

“Kita mahu kemudahan masjid ini lebih sempurna supaya bukan sahaja menarik penduduk setempat, malah orang ramai turut singgah di sini ketika dalam perjalanan ke destinasi mereka,” katanya.

Bumbung Masjid Kampung Kuala Dura sudah siap dibina hasil sumbangan orang ramai.
Bumbung Masjid Kampung Kuala Dura sudah siap dibina hasil sumbangan orang ramai.

Menurut Mohd Faizul, Masjid Kampung Kuala Dura masih memerlukan sebanyak RM100,000 bagi menyempurnakan kemudahan berkaitan.

“Kita juga mahu menambah pembesar suara dan tandas, selain membaiki kubah serta tempat wuduk,” katanya.

Tambah beliau, bumbung Masjid Kampung Kuala Dura sudah siap dibina hasil sumbangan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang ingin menyumbang terutama akhir Ramadan boleh menyalurkannya melalui Maybank Islamic di nombor akaun 563037069356 atau menghubungi Mohd Faizul di talian 0145443417.