CHINT tingkatkan kualiti hidup Orang Asli Woh

Wakil pasukan yang terlibat terdiri daripada CHINT Malaysia, ILP Kepala Batas dan UTM.
Wakil pasukan yang terlibat terdiri daripada CHINT Malaysia, ILP Kepala Batas dan UTM.
A
A
A

SHAH ALAM – Kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak selalu ditunggu-tunggu dengan penuh harapan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Dalam memanfaatkan peluang ini, CHINT Malaysia bekerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan “Projek Penyelenggaraan dan Naik Taraf Sistem Solar PV di Kampung Woh Intake, Tapah Perak” pada 23 Februari yang lepas.

Projek ini merupakan sebahagian daripada program CSR Ramadan CHINT tahun ini yang bertemakan "Lighting The Way This Ramadan".

Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk menyelenggara dan menaik taraf sistem solar PV serta membaiki peralatan elektrik di rumah penduduk. Sehubungan itu, CHINT, sebagai penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka dunia, menyumbangkan 5 kWp sistem solar PV sebagai tambahan kepada sistem sedia ada.

Selain itu, sebagai pelengkap kepada sistem ini dan supaya penduduk kampung dapat menikmati tenaga elektrik yang dijana ini dengan sepenuhnya, pihak CHINT juga telah menyumbangkan komponen-komponen dan peralatan elektrik seperti inverter solar PV, MCB, RCCB, suis, dan soket berjenama CHINT, seta lampu dan kipas di kesemua 19 buah rumah dan surau di kampung ini.

Kos keseluruhan sumbangan ini dianggarkan bernilai lebih RM20,000. Sumbangan ini secara tidak langsung telah memberi sinar kegembiraan kepada para penduduk Orang Asli untuk menjalani ibadah puasa dan hari raya tahun ini dengan lebih selamat dan selesa.

Pemasangan solar panel di bumbung Surau Baitul Rahmah di Kampung Woh Intake.
Pemasangan solar panel di bumbung Surau Baitul Rahmah di Kampung Woh Intake.

Ketua Kampung Woh Intake, Encik Abdul Rahman b. Bahrain Chik menyatakan bahawa sistem solar PV sedia ada berkapasiti 4kWp yang telah digunapakai sejak 5 tahun lepas perlu diselenggara dan dinaik taraf.

"Kami telah menggunakan tenaga solar sebagai sumber elektrik di kampung ini sejak 2019, justeru pembaikan amat diperlukan. Kami juga mengalami pertambahan penduduk dan beberapa peralatan elektrik seperti lampu dan kipas telah rosak. Malah ada rumah yang telah bergelap sejak setahun yang lepas."

Bagi merealisasikan misi korporat "menjadikan tenaga elektrik lebih mudah", pemasangan 5kWp sistem solar PV tambahan melalui projek kerjasama di antara CHINT, ILP Kepala Batas dan UTM ini juga memberi manfaat yang sangat besar kepada para penduduk.

Kerja-kerja dilakukan melibatkan penyelenggaraan sistem solar PV sedia ada, pemasangan sistem solar tambahan, pemasangan dan baik pulih alat ganti serta membaik pulih sistem pendawaian usang bagi menampung keperluan tenaga elektrik untuk kegunaan penduduk sehari-harian.

Pengurus pemasaran CHINT Malaysia, Puan. Intan Noorhilyati Md Musidek berkata selain sumbangan sistem solar PV, CHINT juga memberikan bantuan berupa makanan dan keperluan harian yang diserahkan kepada setiap 31 orang ketua isi rumah.

“Kita ambil maklum tentang masalah dan kesulitan yang dihadapi penduduk disini. Kita juga faham betapa pentingnya bekalan elektrik yang berterusan untuk kegunaan harian. Terutamanya menjelang Ramadan ini, perlu untuk persediaan sahur dan berbuka, serta untuk urusan anak-anak yang bersekolah, jadi, bersesuaian dengan tema program CSR Ramadan CHINT pada tahun ini iaitu ‘Lighting The Way This Ramadan’, projek ini telah dilaksanakan sebelum bulan Ramadan supaya sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban dan memberikan senyuman kepada penduduk di sini.”

Artikel Berkaitan:

Sumbangan makanan dan keperluan harian kepada setiap keluarga.
Sumbangan makanan dan keperluan harian kepada setiap keluarga.

No Image Caption



Penduduk kampung mengukir wajah ceria menerima sumbangan daripada CHINT
Penduduk kampung mengukir wajah ceria menerima sumbangan daripada CHINT

Inisiatif projek seperti ini adalah merupakan julung kali diadakan oleh pihak CHINT di Malaysia. “Hal ini demikian kerana kita merasakan bahawa peluang seperti ini perlu diambil dengan memberikan khidmat dan bantuan kepada masyarakat setempat di dalam situasi memerlukan. Terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak ILP Kepala Batas dan UTM di atas kerjasama yang diberikan.” ujar Puan Intan lagi.

Pasukan CHINT Malaysia bersama anak-anak Pusat Jagaan Limpahan Kasih, Puchong semasa program Ihya Ramadhan 2024.
Pasukan CHINT Malaysia bersama anak-anak Pusat Jagaan Limpahan Kasih, Puchong semasa program Ihya Ramadhan 2024.

Sementara itu, program ‘Lighting The Way This Ramadan’ oleh CHINT Malaysia diteruskan dengan program berbuka puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Limpahan Kasih, Puchong. Pelbagai barangan dan keperluan harian serta duit raya telah disumbangkan untuk menceriakan hari anak-anak yang kurang bernasib baik disini. Antara aktiviti dijalankan termasuklah penyediaan menu berbuka puasa secara beramai-ramai sekaligus dapat mengeratkan persaudaraan dan kebersamaan sesama masyarakat.

Syarikat CHINT Malaysia merupakan anak syarikat CHINT Global yang merupakan syarikat penyelesaian tenaga pintar terkemuka dunia telah memainkan peranan penting dalam pelbagai projek mega di Malaysia termasuk MRT 1 dan 2, LRT 2 dan 3, Kimpton Hotel The Exchange TRX, dan banyak lagi. Keterlibatan CHINT dalam projek mega seperti ini menunjukkan kebolehan syarikat ini yang komited dalam menerajui penyelesaian tenaga yang inovatif dan boleh dipercayai.

CHINT juga aktif bekerjasama dengan unit kerajaan, badan amal, institusi pendidikan, dan lain-lain dalam meneroka model amal komersial secara inovatif untuk terus melaksanakan pembangunan sosial yang mampan dengan berkesan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!