PRK Kimanis: SPR guna kamera video rakam proses undi

AZHAR AZIZAN
AZHAR AZIZAN
A
A
A

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan kamera video di semua saluran mengundi pada hari pengundian di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia sebagai salah satu usaha penambahbaikan untuk pilihan raya yang cekap dan telus.

“Penggunaan kamera video ini adalah untuk rakaman keadaan dalam saluran dan memudahkan SPR untuk menyemak semula proses pengundian dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Ia dipasang di semua 68 saluran dan akan dikendalikan oleh pegawai SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan media SPR berhubung penggunaan kamera video di semua saluran mengundi pada hari pengundian di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Sabtu ini.
Kenyataan media SPR berhubung penggunaan kamera video di semua saluran mengundi pada hari pengundian di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Sabtu ini.

Menurut beliau, rakaman tersebut juga akan digunakan sebagai pemantauan kualiti dan rujukan untuk tujuan latihan serta penambahbaikan proses pilihan raya akan datang.

“Dengan penggunaan kamera video di semua saluran, tidak akan sama sekali menjejaskan kerahsiaan pengundian memandangkan kamera ini dipasang jauh dari petak undi dan kehadiran ejen calon di tempat mengundi adalah dikekalkan,” katanya.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang, 67, dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, 48.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!