Kerajaan cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM

Anwar berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PERMATANG PAUH - Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, berita baik untuk penjawat awam akan diumum dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan memberi bayangan selewat-lewatnya ketika pembentangan Belanjawan 2025.

"Duit (kerajaan) tiada bukan salah orang kampung, bukan salah pekerja tetapi salah pengurusan kerajaan, pimpinan terutama yang sakau. Sementara hendak betulkan salah mereka yang sakau, kita tidak boleh bebankan orang bawah.

"Jadi, dengan cara apapun, kita kena cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini. Masa Belanjawan, dengar dari mula sampai akhir sebab saya tidak beritahu bila saya akan umum,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Universiti Teknologi Mara Kampus Permatang Pauh pada Jumaat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, semua pimpinan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan juga sepakat dalam soal gaji penjawat awam.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!