Gempa bumi dengan magnitud 4.8 gegarkan New Jersey, New York

Amaran kecemasan dipaparkan dari Sistem Penyiaran Kecemasan Kebangsaan. Foto AFP
Amaran kecemasan dipaparkan dari Sistem Penyiaran Kecemasan Kebangsaan. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Gempa bumi dengan magnitud 4.8 menggegarkan negeri timur laut Amerika Syarikat, New York dan New Jersey pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Satu gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda barat Manhattan dan dapat dirasai di seluruh New York,” Gabenor New York Kathy Hochul berkata dalam laman X (dahulunya Twitter).

"Pasukan saya sedang menilai impak dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku dan akan memberikan kemas kini kepada orang ramai sepanjang hari,” katanya dalam hantaran itu.

Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan dilaporkan setakat ini. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!