KPDN tingkat operasi, pantau barangan kawalan

KPDN meneruskan operasi dan pemantauan ke atas barang kawalan bersubsidi seperti biasa sepanjang musim perayaan. Gambar hiasan Bernama
KPDN meneruskan operasi dan pemantauan ke atas barang kawalan bersubsidi seperti biasa sepanjang musim perayaan. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan operasi dan pemantauan ke atas barang kawalan bersubsidi seperti biasa sepanjang musim perayaan.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) Bahagian Penguatkuasa KPDN, Aris Mamat berkata, pihaknya melaksanakan Ops Tiris dan Ops Pantau bagi memastikan harga dan bekalan barangan kawalan bersubsidi tidak dimanipulasi.

Selain itu, beliau berkata, KPDN turut menempatkan pegawai dan anggota di pintu masuk sempadan bagi menghalang percubaan penyeludupan.

"KPDN masih meneruskan usaha pemantauan dan melaksanakan beberapa operasi pada setiap masa terutama pada musim perayaan.

"Ini bagi memastikan bekalan dan harga barangan kawalan tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Aris berkata, KPDN turut membuat pemantauan terhadap kedudukan bekalan dan harga bagi barang-barang keperluan harian di seluruh negara.

Kata beliau, tindakan proaktif itu melibatkan barangan keperluan utama orang ramai seperti ayam dan minyak masak terutama pada musim perayaan.

"Pemantauan dan pemeriksaan pematuhan ini sedang dijalankan selaras dengan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidil Fitri 2024.

Artikel Berkaitan:

"Skim harga ini bermula dari 5 April sehingga 19 April ini," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!