Tidak sempat nikmati untung, mercun dirampas

Seorang peniaga di bazar Ramadan Ayer Lanas di Jeli tidak sempat menikmati keuntungan hasil jualan mercun dan bunga api apabila barangan itu dirampas pada Khamis. Gambar hiasan
Seorang peniaga di bazar Ramadan Ayer Lanas di Jeli tidak sempat menikmati keuntungan hasil jualan mercun dan bunga api apabila barangan itu dirampas pada Khamis. Gambar hiasan
A
A
A

JELI - Seorang peniaga di bazar Ramadan Ayer Lanas di sini tidak sempat menikmati keuntungan hasil jualan mercun dan bunga api apabila barangan itu dirampas pada Khamis.

Rampasan dilakukan selepas lelaki berusia 35 tahun itu menjalankan perniagaan terbabit tanpa permit yang sah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku kesemua mercun dan bunga api bernilai RM750 yang dirampas adalah miliknya dan dibeli secara atas talian.

"Suspek juga mengaku tidak mempunyai sebarang permit perniagaan mercun dan bunga api yang sah semasa berniaga di Bazar Ramadan Ayer Lanas.

"Anggaran nilai rampasan adalah lebih kurang RM2,000," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Ujarnya, suspek yang ditahan itu akan direman selama empat hari bermula Khamis hingga Isnin untuk siasatan lanjut.

Saari menasihati orang ramai supaya elakkan daripada terlibat dalam penjualan mercun atau bunga api tanpa permit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!