United mahu jadikan Liverpool mangsa lepaskan kemarahan

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

ERIK ten Hag menyifatkan kekalahan Manchester United kepada Chelsea membuatkan mereka dalam keadaan kecewa dan marah sekali gus akan menjadikan Liverpool sebagai mangsa untuk ditewaskan.

United mendahului 3-2 ketika perlawanan pada Jumaat memasuki minit ke-99 sebelum sepakan penalti Cole Palmer dan jaringan pemain yang sama pada minit ke-101 memberikan kemenangan kepada Chelsea.

Kekalahan itu menyebabkan United ketinggalan 11 mata di belakang Aston Villa di tempat keempat dan sembilan mata daripada Tottenham Hotspur di tempat kelima.

Liverpool akan memulakan perlawanan pada Ahad ini sebagai pendahulu EPL dua mata depan Arsenal dengan baki lapan perlawanan.

United menyingkirkan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu daripada Piala FA bulan lalu dan menewaskan mereka di Old Trafford dalam liga musim lalu.

“Mula-mula saya perlu berurusan dengan ini (kekalahan kepada Chelsea). Tetapi kita tidak boleh menangani perkara ini terlalu lama. Kami perlu pulih dengan cepat.

“Kami perlu mengubahnya, jadi mulai Sabtu kami akan berada dalam mood yang positif, melihat ke hadapan.

"Kami kena ambil tenaga. Kami dalam keadaan marah dan boleh mengambil banyak tenaga daripadanya dan itulah cara yang perlu kami lakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!