Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama

Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri. Foto Bernama
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri.

Setakat jam 3.30 petang ini, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan dari Gombak menghala ke Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, kawasan pendakian menghala terowong Genting Sempah disebabkan sebuah treler rosak di Kilometer 35.3.

"Selain itu, aliran trafik perlahan di Bukit Tinggi ke Lentang dan Petronas Bentong ke Bentong,” katanya ketika dihubungi.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Gua Tempurung ke Gopeng, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Juru ke Perai dan Permatang Pauh ke Sungai Dua.

Bagi laluan arah Selatan negara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Senai Utara ke Kulai dan Kempas ke persimpangan Dato’ Onn.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!