Bawa Proton Wira laksana misi Jelajah Malaysia ke Makkah
BERITA SEMASA 12 APRIL 2024
Seorang juruterbang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kereta tempatan, Proton Wira melaksanakan misi Jelajah Malaysia ke Makkah menggunakan laluan darat dalam tempoh kira-kira 30 hari, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Lebih menarik, kenderaan milik Muhammad Fauwaz Zamzam, 42, dari Sabak Bernam, Selangor itu telah diubahsuai dengan beberapa kemudahan sebagai keselesaan sepanjang pemanduan yang perlu melalui halangan berbeza mengikut perubahan bentuk muka bumi.
Menurutnya, kenderaan jenama negara itu dilihat lebih praktikal dan mudah dikendalikan sekiranya berdepan kecemasan selain berbangga dengan produk buatan Malaysia.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #ProtonWira #Makkah