Akok Nganang Warisan Losong mendapat sambutan
BERITA SEMASA 9 APRIL 2024
Kehadiran kuih moden dan viral pada masa kini tidak menjejaskan permintaan terhadap kuih tradisional seperti akok dan nganang yang masih terus mendapat sambutan daripada pelanggan terutama golongan muda, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.
Lebih menarik, gerai Akok Nganang Warisan Losong yang terletak di tepi Jalan Losong Haji Mat Shafie itu sentiasa disinggah oleh pelanggan yang terus mencari pemanis mulut tersebut selain ingin merasai keenakan kuih unik tradisional dari Terengganu.
Peniaga gerai Akok Nganang Warisan Losong, Ahmad Syamim Khozai, 32, berkata, permintaan terhadap kuih akok serta kuih nganang meningkat lebih tiga kali ganda pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Akok #Nganang