Bicara pecat Trump di Senat Selasa depan
"Ia mungkin diadakan pada 21 Januari ini," ujarnya.
Kenyataan itu dibuat selepas Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dilaporkan akan mengemukakan artikel tentang perkara itu kepada Senat pada minggu ini.
Kelmarin, Pelosi mempertahankan keputusan untuk menangguhkan perbicaraan pemecatan ke atas bilionair hartanah terbabit dan turut menuduh Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell cuba melindungi perbuatan Trump.
"Trump akan dipecat seumur hidup walaupun pelbagai taktik yang akan dilakukan oleh McConnell," tegasnya.
Terdahulu, Presiden ke-45 AS tersebut menggesa Republikan yang menguasai Senat supaya menolak idea perbicaraan ke atasnya.
"Perbicaraan tersebut seumpama itu tidak sepatutnya diteruskan. Kenapa ada stigma perbicaraan yang dikaitkan dengan nama saya walaupun saya tidak salah?" katanya menerusi Twitter.
Minggu lalu, Trump dengan angkuh menyatakan beliau tidak peduli dengan perbicaraan untuk memecatnya di Senat malah beliau berterusan menganggap proses diketuai Demokratik itu sebagai satu 'penipuan'. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!