Letak CCTV tangkap pelaku buang sampah
SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu meminda undang- undang berkaitan pengurusan pembersihan awam bagi memastikan pengguna lebuh raya tidak sewenang-wenangnya membuang sampah sehingga mengganggu keselamatan pemandu lain.
Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, dengan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan raya akan memudahkan pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mengesan pelaku tersebut.
“KPKT perlu melihat semula undang-undang berkaitan dan meminda bentuk hukuman yang berat dengan menaikkan denda kepada pelaku.
“Saya cadangkan aduan secara dalam talian perlu diaktifkan bagi memudahkan pihak PBT mengesan pengguna yang tidak mematuhi peraturan segera diambil tindakan,” katanya kepada Sinar Ahad.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!